Assalammualaikum. This moment sama ada akan jadi pengalaman paling menarik dalam hidup korang ataupun paling hambar especially buat y...

Pre MEDICINE UiTM Sg Buloh Experience

/
1 Comments

Assalammualaikum.

This moment sama ada akan jadi pengalaman paling menarik dalam hidup korang ataupun paling hambar especially buat yang betul2 pursue medic nanti.  Hahah, dinasihatkan sambil2 study tu, banyakkan lah penggunaan gelanggang dan gym yang disediakan. Sebab bila dah betul2 study ni, boleh kata sekali seminggu je berbelas orang pakai gelanggang tu.

Anyway, pengenalan kursus Pre medicine.
Kursus selama 3 bulan ni ditawarkan kepada student lepasan Asasi UiTM sahaja which is held by USB (UiTM Sg Buloh)

Tujuan: Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia medic tapi jangan samakan sebab memang jauh berbeza.

Syarat untuk menyertai:
1.       Memohon untuk menyertai obviously
2.       CGPA sem 1 (3.5 ke atas)
3.       Meletakkan medic uitm sebagai pilihan pertama dalam sistem UPU
4.       Lepasan Asasi UiTM Tahun Semasa
And  the list goes on.. Rasanya tu je.

1)      ORIENTASI

Orientasi dibuat oleh senior2 kami, it is short and involve talking only. Keesokannya majlis pembukaan kat bilik seminar. Kemudian, Abang Sham kut, pegawai bertugas, bawa jalan keliling fakulti. Which is beberapa tingkat je sebab tu je tempat yang kitorang perlu tahu. Cakap pasal kampus, lahai lagi kecik daripada dengkil, jangan pelik ye. Tapi yang besarnya Fakulti Pergigian lah. Sampai dua blok rasanya. Kesian Dak Dak Medic. Heheh





2)      Residential College (RC)



Kat sini ada tiga kolej, RC1 kolej wanita medic, RC2 kolej boys, RC3 kolej wanita dental. Kami adik2 premed ni duduk kat RC3. Internet pakai cable so takde lah merana macam kat dengkil ya adik. Jadi bawaklah wayar cable dan senarai cerita yang korang nak download. Alhamdulillah kalau duduk RC3 bilik besaq gedabaq , and rumah pun nice. Btw, kalau dah amek med/dent nanti, korang boleh mintak bilik personal. Kalau korang dah kahwin pun ada bilik untuk mereka2 ni. Cuma yuran lain lain lah ye. Kalau yang biasa ni, satu rumah 10 orang/ 5 bilik.



Kemudahan:

1.       Kafe ada di RC2 dan RC1. RC3 masa tu tak bukak lagi. Sorry to say lah, korang akan rindu makanan kat dengkil sebab sini tak sedap. Langsung tu melebih lah kan. Tapi bersyukurlah. Korang boleh makan.
2.       Gym di RC1 dan RC2 . RC1 untuk girls RC2 untuk boys.
3.       Gelanggang bola sepak , bola tampar and badminton
4.       Bola keranjang pun ada rasanya

Kitorang premed sampai seminggu puasa tau. So nikmat dia lain sikit. Nanti japgi cerita

3)      Outing

We don’t do much lah. Tak sempat. Kitorang enjoy sesame sendiri dekat USB. Masa budak2 premed masuk , memang penuh gelanggang. Suka tengok dari atas. Dasar budak konservatif. Alasan: Tak bawak kasut sukan. SO, sila lah bawak ye anak2. Biar rasa kehidupan sikit. Btw, USB naik teksi smpai Stesen KTM bawah RM10 rasanya. From KTM boleh pergi KL Sentral then boleh pergi mana2. Sempat lepak NU je. Dah bosan sebab dekat rumah, Ingat nak balik, malas pulak. Hahaha maka Merepek lah aku di sini.


nah buat rujukan

4)      What do we do

Study.
Mestilah kan benda paling vital bagi seorang budak medic is belajar. Kitorang belajar Anatomy, Biochemistry and Physiology. Setiap minggu akan ada tema sendiri. Macam contoh minggu pertama Intro, kedua Exercise, and yada2. Mengambil contoh minggu kedua, Anatomy kitorang belajar pasal Musculoskeletal (MS) system, Physio  apa yang terjadi bila kita exercise, Biochem pun apa yang terjadi cuma mengenai stage2 pengambilan tenaga, daripada glucose ke protein. Tak faham? Joinlah premed. Kitorang akannn studyyyyyyyyyy and hadap exam in the end.




Lab Anatomy
The only lab yang kalau kau lemah semangat, please jangan amek medic. Tapi semangat boleh dibina. Dekat sini korang akan berjumpa dan pegang (bersarung tangan) mayat atau cadaver yang telah diawet of course. Melalui apa yang kau belajar masa kelas anatomy tadi, kau akan kenal lebih rapat sbg contoh muscle2 korang tu. And korang baru perasan, besarnya salur nerve korang. Ingat kecik je. Lagi besar dari ibu jari . Best lah dapat kenal semua in real life. Sayangnya kau tak hafal lagi. Kalau dah hafal lagi enjoy hihi. Btw, jangan lupa bawak lab coat.


Lab Physiology
Lab ni akan mendedahkan korang cara menggunakan peralatan makmal. Stetoskop, and segala2 skop. Maaf dah lupa. Nak kata best, best lah jugak  tapi.. I am more into anatomy ahah.

SGS (Study group session???)
Tak ingat, tapi ni sesi kita membincangkan tuto yang diberikan oleh doctor. Ada PBL semua lagi semua bincang kat sini. Tapi since tuto kadang tu banyak sangat memang berborak lah jawabnya. Kat sini lah kita boleh nampak siapa yang betul2 nak jadi doctor siapa yang tak. Hahah no lah. Takkan lah a single class can define you en en en.


Very Early Clinical Exposure(VECE)
Malas nak cite part abang berceramah tapi adore lah gak ngan sorang abang ni . Abg mirul kut nama dia. Terboek punyalah. Berkobar2 satu kelas.  Nak cite pasal kami melawat CTC. Tapi it is so short that it did not gave me any impact. CTC ni merupakan tempat specialist UiTM. Yang paling clear dalam orak masa ni is tempat OnG lah. Tengok dari luar je tak masuk pun.

Library
Tempat paling best untuk tidur. Try lh tengok sudut apatah. Memang nice sangat tempat lepak sementara tunggu kelas.

5)      Ukhuwah antara batch

I could say that akak2 kat sini memang terbaik lah. Macam everyone is very nice dan bersatu padu. What I see from mata kasar ye adik2 tak teropong lagi. Once a week rasanya, ada akak datang buat usrah. Lepas tu, kadang2, diorang bawak pizza untuk kitorang. Kadang rasa macam ada muslihat, tapi muka suci macam tu no way lah pulak kan. They are just nice.

Lepas tu, Akak akak nilah yang bawak kami ke Hospital Sg Buloh. Untuk kenal lebih rapat medic ni camna. I got lucky lah pernah pergi, it has been a while jejak hospital. Last sekali masa 6 tahun kut, adik lahir.


 Lepas tu teringat lagi kalau tak silap abang Amirul kata :

“ Yang kertas exam, past year, lecture notes ni, kitorang kumpul sejak dari generasi sebelum ni. Kalau nak harapkan simsweb semua takda, semua kena sendiri, and lecturer pun  susah nak bagi. Lepas tu untuk exam praktikal, kitorang bahagi soalan lepas tu hafal and kumpul untuk junior kitorang.”

Tetiba kan rasa terharu . hahahaha. Wipe tears.

Jadi hargailah senior anda ye adik2.

6)      Puasa di USB

I can conclude that sangat best lah. Meriah dengan ALIS punya aktiviti. Iftar setalam. Btw, buat ALIS yang terbaca ni, makanan kalau ikut saya, tak cukup kut sebab lepas tarawih saya makan maggi hihi.  Walaupun dekat USB takde surau and menumpang ruang kosong sebelah kafe, yang hadir tarawih ramai. Kadang2 ada buat solat hajat untuk bakal menghadap pro exam. I like lah suasana Islamic kat situ, sebab memang dahsyat compare to PALAM atau Dengkil. We could say Tarawih (masa premed) tiap malam penuh. Yang dugaan tu, bila kelas start tengah hari, hhahah memang berpeluh jugak lah berjalan ke fakulti. Tapi ada aircond kat kelas heran apa.


UiTM Selayang
Kitorang juga diberi kesempatan untuk melawat UiTM Selayang. Dua bas tak silap. Ada ceramah sekali lepas tu melawat rumah akak senior sekali. Ada program apatah. With that, I dah jejak 4 UiTM eheh berlagak jap.

7)      Study Day

Dua hari je. Penuhkan hari dengan menonton cerita hahaha.

8)      Exam

Sebelum apa2, saja nak maklumkan. Exam ni tak bermaksud apa2. Hanya menilai hasil keberkesanan Minggu tersebut supaya at least kita bawak balik something. Doktor kata, nothing will changes kalau gagal pun. Result pun tak pamer mana2. Untuk pengetahuan , exam , sama ada premed atau medic itself, semua akan dicmpur and dalam kes premed. Dalam each paper, ada anatomy, physiology and biochemistry.
Exam pertama : MCQ
Jawapan dia sama ada True False atau tak tahu je. Betul 1 markah salah tolak 0.5 markah. So kalau tak tahu tu tak payah jawab jelah ya. Tapi dia takkan sampai buat kita dapat negative. Nanti fahamlah kenapa

Exam kedua : SAQ
Subjektif. Takda Esei rasanya. Tak ingat

Exam terakhir : OSPE
Yang ni korang exam sambil berjalan. HAHAHAH . Malas gila nak terang sebab you know it yourself once you jawab. Nanti ada staff guide jangan risau kay. Korang akan exam dari satu station ke satu station. Jangan risau ada rest station. Every station you ada 3 minute utk jwb soalan. InshaaAllah soalan dia tak sesusah SAQ and MCQ. Banyak kepada labelling ataupun graf, ataupun penggunaan alat. Everything you all dah belajar selama berapa bulan tu.  Jangan lupa fungsi2 yang you label. Contoh lah, that certain muscle mcm biceps brachii utk apa. Flexion kan. Haaa, jangan lupa gak yang anterior superior sume, ada tanya. Tapi lek je sudah.

9)      Pesanan


Getting premed tak semestinya korang akan dapat medic. So jangan rasa secure sangat. Attend all the IVs. Medic tempat lain pun nice jugak apa. Kalau rasa bawah daripada 4 tu berjaga jagalah. Kebanyakan doctor kat sini tanya and kata:

“Betul ke nak ambik medic”

“Medic is not hard. It is worst”

“Korang jangan bazirkan tempat untuk orang yang betul2 nak tempat korang ni. Berapa ramai kat luar sana yang nak tempat korang, jangan give up separuh jalan. Kalau korang dating sini sebab family, baik fikir betul2”

And that is apa yang korang selalu dengar sepanjang korang berada kat situ.

Anyway best of luck peeps!

Nak tanya? Email meyshera97@gmail.com
Komen pun cantik gak.

*buat gambar2 yang tercuri dari google ... Sis pinjam tau. Setahu sis kita sebatchmate, HEHE! THANKS

“Everyone who accomplished their dreams have one thing in common,
They never gave up, and that’s all!

So DON’T stop fighting!”




You may also like

1 comment:

  1. Salam akak. Nak tanya sekarang ni ada lagi ke program pre-med? Klau ada camne nak apply?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Readers