Showing posts with label medicine. Show all posts
Showing posts with label medicine. Show all posts

ROAD TO MEDIC: LEPASAN SPM. (Saya nak jadi doktor!)


Assalammualaikum.



[UPDATE 2021. 
Hi korang. I know that some of you had email me, and i am very sorry yang saya tak boleh reply satu² and kadang² tak perasan pun sebab berada di antara email shopee and lazada. To make it clear, i have given up on my dreams on becoming a doctor, and currently doing business while part time study for my degree. Truth to be told guys, day by day, it has become much harder , and much much more obstacles to pursue your dream career especially in med. Since years have gone, the system is changed and more challenging. Biasiswa pun makin lama makin takde. Ptptn utk swasta pun dh takde. All gone. Tak tau kenapa. Yang sempat contact saya and email saya, mostly saya recommend utk think about other courses. 6 to 8 years is too long and macam2 boleh jadi. Nikah ke awak, kena keja ke awak, awak tak akan tau apa yg akan jadi. SO rethink. Do you serious ly want to commit your whole life for this reality: Housemanship 2 years, Contract-based system, Gaji cukup² makan dengan hutang yg banyak, tengok kawan² dah ada kereta kita terkebil² baru nak habis study , 72 hours standby tp kawan² lain keje santuy, orang pandemik duduk rumah hang keje dalam ppe tak menang tangan dengan kes. Macam² lagilah. Sebab ni Malaysia, they still dont prioritize doctors. Walaupun kes covid dah hebat . Tengok pulak tentangan netizen bila doktor buat #hartal hari tu. Pelik kan? Tapi tulah realiti. Korang sanggup ke? Kalau sanggup teruskan melangkah walau pun lambat. Kalau ragu² please rethink. This post is not made to ruin your ambition but to guide you. Not to discourage and not also for encouragement. Korang decide lah apa yang korang nak buat. Solat istikharah jika perlu. 

Any question directly go to 0164180505]

Memandangkan I have discover a lot of way and banyak buat research for this, I would like to share incase dapat menyelamatkan nyawa lebih ramai orang. J I will give details, daripada pelajar sains ke bukan aliran sains tapi dengan syarat, meletakkan seluruh jiwa raga untuk belajar dan pouring your passion to it.


Jalan pertama. Student mendapat 8A ke atas (kebiasaanya) dan aliran sains: Asasi Perubatan


Di Malaysia, terdapat dua if I am not mistaken, Asasi Perubatan, which is Universiti Pertahanan  Nasional Malaysia (SG BESI) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAHANG). InshaaAllah once you enter, kehidupan anda terjamin haha, terjamin lah yang korang akan sambung medic. Btw, nak bagitahu.


Untuk UPNM, korang akan diwajibkan menyertai aktiviti ketenteraan if I am not mistaken, maaf ye kalau silap. And, malah masa interview, korang akan interview secara kem, bermaksud akan ada ujian fizikal dan pemeriksaan kesihatan sepertimana orang nak ambil tentera. Kenapa? You will live like a soldier you know, kawad, roll call, semua ada. Peraturan bilik pun ketat. Kalau nak maklumat lanjut you may rujuk di sini.


Untuk UIAM, kalau tak silap, untuk student yang tak ambil bahasa Arab, you need to go through 2 years of foundation years, instead of 1 years seperti uni2 lain kerana korang wajib belajar bahasa Arab kecuali kalau korang lepas ujian APT (?) baru boleh 1 years. So mengikut pada prestasi lah. Jadi, do not play much on your foundation year. Yang ni cek copy dari akak niqabis:
sekarang, ana akan explain for each course,
1)medicine


medicine of course la medic, anda akan belajar 11 core subject semuanya.
-math 1 & 2
-bio 1& 2
-chem 1 & 2
-physics 1 & 2
practical bio, chem, physics
tidak termasuk subject bukan core,harap maklum.
and so far, memang asasi medic ni competition tinggi, and antara ramai ramai, setakat ni ana hanya tahu ,budak budak medic ni paling rendah straight a and 6 A+ spm, and paling tinggi straight A+ of course. bukan nak menakutkan, cuma nak cakap competition terlalu tinggi , so kalau rasa result tak pass,boleh mintak kos lain dahulu sebab (sebabnya ana explain kejap lagi). untuk batch ana, budak medic lebih kurang 150. (termasuk 1 year and 2 year)

cc:

http://drniqabis.blogspot.my/2014/01/cfs-iium-pjgambang.html


Sebelum terlupa, we also have USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) pun ada offer Tahmidi Perubatan. Tapi tak silap yang ambik tahmidi ni around 100 something tapi end up yang akan diambil sambung medic is around 80-90. Jadi you really need to struggle once you enter foundation.
Ni blog untuk pelajar2 tahmidi:

  1. http://muslimatnetwork.blogspot.my/2012/11/muet-band-12.html
  2. http://hazimahmad.blogspot.my/2014/01/tamhidi-usim-versi-pelajar.html
  3. https://drzirathegreat.blogspot.my/2013/03/uuuu-bestnya-amek-perubatan-di-usim-tuk.html (nak betulkn sikit di sini, MD dan MBBS ni sama ja, nama je lain. Both are qualified as a doctor)


Korang kena mohon yang ni melalui UPU. Atau korang have that kind amount of money, korang boleh mohon foundation in health science daripada university berikut. Korang pun boleh try Yayasan Khazanah yang menawarkan foundation di IMU.

Contoh : 
1) IMU (one of the student blog)
2) HELP University Malaysia
3)Mahsa Uni (one of the student blog)
4) Nilai Uni (one of the student blog)
5)ramsay sime darby healthcare college (I didn't found appropriate website)
6) UCSI (one of the student blog)
7) AIMST (one of the student blog)
8) CUCMS  (one of the student blog)

that's a few. Kalau nak tahu lebih lanjut, may search lah. I am tired of searching xD

Sebelum tu make sure korang check ada MQA tak. Supaya tak berlaku kesilapan besar haha. BTW, gais, memang ramai chinese sbb kita tahu, the IPTA mostly for Malay things right? So, kena pandai adapt.


Jalan kedua. Student mendapat 8A ke atas (kebiasaanya) dan aliran sains: Biasiswa untuk ke A-level / IB

Usually, jalan ni dilalui oleh pelajar-pelajar cemerlang daripada SBP. Sebab diorang ada kelebihan untuk aktif dalam koko and they struggle much for their study. Tapi boleh jadi yang student biasa boleh dapat biasiswa. Usually, biasiswa yang menawarkan dua benda ni is, JPA, Bank Negara (Penajaan Nasional 9A+), the school itself macam AISM, da nada beberapa lagi. Sedikit pesanan, lepas je dapat result SPM, dinasihatkan korang untuk bukak website2 biasiswa such as Afterschool atau BiasiswaKini (yang aku rujuk) supaya tak terlepas apa2.

Apa beza A-level and International Baccalaureate?

I cannot say much sebab tahu dah saya berada di mana hahah, yang saya tahu lah kan. Okay secara ringkasnya, JPA biasanya menawarkan A-level di Kolej MARA yang ada di beberapa tempat seperti Banting. A-level is 100% exam based tak macam foundation so umpama korang hidup di zaman SPM balik. Study for that final exam. Tapi okaylah, sebab at least, in the end you have full knowledge tak separuh2. Haha, kay joking. Depends on how you struggle. Sebab, soalan dia tak semudah itu. Compare daripada mana2 course, soalan mereka more in- depth. Lemas tak lemas. Masa ni korang boleh ambil minimum 3 subjects. So bagi yang nak jd doctor tu, rasanya better ambil 4 kut. Math, fizik, bio and chemistry, walaupun fizik tak nampak sesuai kat situ, tapi actually, you will learn physics jugak masa amek medic, so jangan amek ringan.

Berbeza dengan IB. Tak sure about pemarkahan. Sepertimana yang aku tgh baca ni, IB nak melatih org supaya lebih seimbang dan well rounded. WAJIB bagi every student utk ambik 6 subjects daripada group2 tersebut.

Group 1: Language and Literature
Group 2: Language Acquisition (Bahasa Kedua)
Group 3: Individuals and Societies, Cth: Economics, Geography, History
Group 4: Sciences, Bio Fiz Kim
Group 5: Mathematics
Group 6: Arts, eg; Music, Theatre Arts, Visual Arts
Tapi nak dinyatakan di sini kalau korang taknak group 6 tu, korang boleh pilih any subjects from group 1-4.

Ada lagi few subjects wajib ambik like extended essay, CAS (project luar), and TOK. I am not really sure about this so. Korang boleh rujuk sini untuk, IB dan A-level.

Apa yang best mengenai kedua2 benda ni. Anda diterima di mana sahaja sama ada di luar atau dalam Negara. Tapi 2 tahun but it worth it lah sebab you can go anywhere.

Yang ni boleh dimohon melalui pihak yang memberi biasiswa atau kalau korang have that amount of money like RM30k something, korang boleh mohon terus daripada school yang menawarkan. I list a few untuk rujukan


1) Sri KDU
2) BAC(this uni is famous for Law Schools); one of law student blog
3) UCSI
4) Taylor's College
5) Kolej MARA (A level @ IB) - bacalah yg IB punya best

and the list go on.. sorry nak cepat. xD

Jalan ketiga: Asasi Sains Hayat (yang STAY in the same Uni for Degree)

Yang ni terdapat di beberapa buah university. Let me list it out.

I think tu je kut. I am sorry kalau tertinggal yang lain. Maksud daripada perkara di atas is, once you finished your foundation, korang wajib sambung study di tempat yang sama. Yang paling menyakitkan, korang kena bersaing sesame sendiri untuk dapat kos perubatan tu. Tapi inshaaAllah kuota untuk student sendiri lebih banyak compare dengan mengambil orang luar.

Dekat sini nak nyatakan, walaupun UPM punya dipanggil Asasi Sains Pertanian, you still can sambung medic. Just pada namanya sahaja pertanian, tapi you belajar macam Asasi Sains biasa. I think that’s all kut yang perlu dijelaskan kat sini.

Kalau nak mohon, ikut sistem biasa, UPU. Takda interview lagi, kalau ikut tahun tahun sebelum ni. So goodluck.


Jalan keEmpat: Asasi Sains Hayat/Sains (yang free to go after graduated)

Ada dua je university yang menawarkan program asasi di mana selepas asasi habis, you alls kena mohon balik dalam sistem UPU Lepasan STPM/ Setaraf.

1)      Universiti Teknologi MARA ( My way – click to know more)
2)      Universiti Malaya ( near my house but not my heart haha)

Mengenai permarkahan, bergantung pada lecturer nak letak korang punya percent berapa banyak. Biasanya kehadiran pun ada markah haha. Tengoklah lecturer you alls baik tak. I cannot say much about this sebab segala idea dah dicurahkan pada post UiTM hari tu.


Jalan keLima: Matrikulasi

Matrikulasi ni you need to apply before SPM tak silap. Matrikulasi ada dua program setahun/dua tahun. Usually 4- straight A diletak di bawah program Setahun. Yang lain diletakkan bawah program dua tahun. Jaminan dapat medic? Make sure korang dapat 3.9++ untuk CGPA. Untuk yang dua tahun tu I would like to recommend ambik balik SPM untuk subjek2 sains dan capai syarat minimum yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. If I am not mistaken, B untuk subjek pure science, and math, B English. Tu je kut.

Beza dengan asasi: You will be put under “SBP-like” surrounding tapi tak terlalu ketat. Korang boleh lebih rapat dengan lecturer korang. Memang korang wajib berjumpa dengan lecturer. Korang akan ada curfew lebih awal. And korang tak boleh keluar sembarangan. Akan ada certain weeks je korang boleh keluar. Yang lain sama je kut dengan asasi.





Jalan keEnam: Diploma


I am sorry, but I only acknowledge diploma UiTM sebab dah ramai kawan dari situ. Untuk ambil medicine, I would like to recommend Diploma in Science, Diploma in Pharmacy and Diploma in Microbiology sebab khabarnya, diorang akan ambik among this student je. Kalau result you bagus, tapi nak jalan yang slow tapi sangat selamat sebab korang boleh cover the cgpa later, ambek lah diploma. Tapi ketahuilah you will take 8-9 years sebelum korang dapat jadi houseman. Baru houseman belum doctor lagi. So, fikir-fikirkan lah. Tapi, kalau your SPM kurang memuaskan, dinasihatkan untuk repeat paper, supaya tak susah korang nak lepas nanti. Macam mana? Pergi pejabat pendidikan daerah, kata nak repeat paper, later on, diorang akan terangkan proses.

“alah, result bm bi sejarah aku elok je”

Korang boleh repeat all the paper you want tapi sesi November lah ye, sekali ngan adik2 SPM. So jangan risau. You can apply for this also melalui UPU. Kalau rasa a single fever can kill your cgpa, amek lah dip, bercakap atas pengalaman sendiri. Make sure lah in the end korang achieve 3.8++. Tapi regretfully, compare dengan student asasi, matrik dan sewaktu dengannya, kuota untuk student diploma sangat sedikit. Boleh kata yang amek medic, about 5-10 orang je untuk every uni. If I not mistaken okay? Tell me kalau salah, I’ll update this. SO, really think hard okay, sebelum pilih jalan ni, sebab you will waste your time and of course money kalau in the end korang choose not to ‘live’ haha. Over gila right. No lah, pernah tengok kartun says, “I write in career questionnaire (yang tempat letak kerjaya profil peribadi pelajar tu), the first choice in musician and my second choice is die. I’d rather die than not becoming a musician” So, kalau korang nak amek diploma, consider jugak kerjaya selepas diploma okay, just in case.



Jalan Ketujuh: STPM

Usually kalau korang tak dapat matrikulasi, automatically korang dapat STPM, unless result korang melibatkan fail dalam beberapa matapelajaran sains atau result tak berapa elok, you will be put into aliran sastera atau bisnes. Boleh buat rayuan. Kena rajin lah turun pejabat PPD. Anyway, I should say that chance to get medic is quite thin. Sebab kalau ikut apa yang I dengar, even kalau you dpt 4 pun, only one in a hundred especially when you are selain Melayu. To say it loudly here, I am Bumiputera Sarawak, so I don’t mean any offense. Tapi, okaylah kut STPM. At least after this, you keluar je you lepasan STPM instead of being pelajar matrik/asasi you are just lepasan SPM selagi you alls tak habis degree. So yeah. Why not. Tak reti nak cerita panjang sangat sis tak ramai kawan STPM. Tapi untuk pengetahuan, kelayakan STPM boleh bawa you pergi oversea sbb diterima at the most of country macam UK, US, NZ and the list go on. So why not. Usually, jalan ni Chinese, bumiputera, Indian guna lah. Sebab tu ramai mereka ni study oversea instead of in the sea. Ok, tak kelakar. Local. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jalan Kelapan: Pra Diploma Sains UiTM

Yang ini, khas buat mereka yang ambik Sains (sahaja bukan bio, fizik, kimia) yang decide nak amek medic pada tingkatan 5. Jangan risau anda tidak terlalu lambat untuk convert bidang korang. Peluang sentiasa ada, janji jangan ada batas untuk berusia atau batasan kewangan. Haha, sebab korang akan guna banyak duit mana2 pun. Make sure korang score SPM okay. And make sure korang do the best, once you decide to become a doctor. Sebab saingan nowadays besar especially sekarang ni memang diakui banyak sangat genius.

Apa yang korang akan belajar: Mathematic, Basic to Human Development, Physics, Chemistry, Pre Dip English

Berapa lama PreDip ni, whether a semester or 2 terserah kat result and usaha korang. Mana pergi lepas ni, mana2 diploma berkaitan dengan sains di UiTM, valid tak uni lain, tak. Result pagar mcm mana? Buat lah sehabis baik gais, jangan ditanya orang tak tahu. Akan ada elaun inshaaAllah.


Jalan last but never been least: AMBIL MEDIC TERUS DI LUAR NEGARA

Negara-negara berikut hanya memerlukan kelayakan SPM untuk korang sambung belajar. Tapi most of these people could be say 6A ke atas jugaklah.

Negara:
1)      Mesir
2)      Indonesia
3)      Russia
4)      Bangladesh

TAPI, ingin aku tegaskan kat sini. If you hanyalah berasal dari keluarga yang pendapatan biasa2, stop it. Kalau your result gitu2 je, stop it. And paling penting, kalau passion kau hanyalah air liur semata2, stop it. Don’t ever think about jejak kaki you kat bidang ni. Kalau you tak mampu tidur pukul 1 and bangun pukul 4, just stop. Kita taknak bazir duit family, bukan ribuan, bukan puluh ribuan but ratus ribu is what we talk about here. And selagi your SPM atau Foundation tak menepati syarat Sijil Sokongan Luar Negara you are nothing in Malaysia. Korang tak boleh jalani housemanship which in the meantime means that you cannot become a doctor. Kat situlah kita nampak dan lambai dekat 5/6 tahun yang dah diwasted dan duit RM300k which you boleh beli sebuah rumah wasted. Boleh katalah, ramai yang menyesal sebab sambung oversea tak kurang yang bersyukur. So I am going to give negative and positive things on this. Boleh tengok blog di bawah. Yang tertera N is negative and P is Positive.


  1. Neutral: http://iiumc.com/medic-dan-hutang-rm350k/
  2. N : http://www.blogamir.com/2015/03/saya-menyesal-belajar-di-luar-negara.html
  3. Neutral: http://doktorsiti.blogspot.my/2015/01/info-laluan-kerjaya-menjadi-seorang.html
  4. P: http://khadhari.blogspot.my/2013/04/kenapa-perubatan-di-russia.html
  5. Neutral: https://delfadzil.blogspot.my/2016/04/perubatan-di-mesir-kelebihan-dan.html
  6. http://natrahadik.blogspot.my/2014/09/aku-budak-private.html  (my senior with PAMA money before getting pinjaman - Kalau beliau juruterbangtakmenjadi-drtobe, saya doktortakmenjadi-pilottobe (inshaaAllah doakan lepas all the stage gais) ) (Let's pray for her health guys)

Okay, I think banyak dah jalan yang saya tunjuk. Terserah kat uolls pulak nak pergi mana lepas ni. Think wisely, betul ke nak amek medic? Lepas baca beberapa blog di atas dan beberapa perkataan aku yang negative (which I hope I covered with positive one) betul ke nak amek medic. So ni lah beberapa perspektif yang korang boleh tengok kalau nak jadi doctor. I think that’s all from me, Any QnA, may comment or email at meyshera97@gmail.com . If you want me to help or guide you please do so. Sebab your senior ni pernah merasa sepertimana yang korang rasa. Perlukan motivasi? Boleh cari saya tapi beware I might kill before cure because I am a daughter of a police with a soul of doctor. HAHA berlagak nya. No lah. Tapi we should tell you reality before calming you down. That’s the best technic though.


Btw, guys attention here, Jalan di atas tak menunjukkan mana yang paling grand mana yang paling tak diingini, every place ada its own pros and cons.

Pre MEDICINE UiTM Sg Buloh Experience


Assalammualaikum.

This moment sama ada akan jadi pengalaman paling menarik dalam hidup korang ataupun paling hambar especially buat yang betul2 pursue medic nanti.  Hahah, dinasihatkan sambil2 study tu, banyakkan lah penggunaan gelanggang dan gym yang disediakan. Sebab bila dah betul2 study ni, boleh kata sekali seminggu je berbelas orang pakai gelanggang tu.

Anyway, pengenalan kursus Pre medicine.
Kursus selama 3 bulan ni ditawarkan kepada student lepasan Asasi UiTM sahaja which is held by USB (UiTM Sg Buloh)

Tujuan: Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia medic tapi jangan samakan sebab memang jauh berbeza.

Syarat untuk menyertai:
1.       Memohon untuk menyertai obviously
2.       CGPA sem 1 (3.5 ke atas)
3.       Meletakkan medic uitm sebagai pilihan pertama dalam sistem UPU
4.       Lepasan Asasi UiTM Tahun Semasa
And  the list goes on.. Rasanya tu je.

1)      ORIENTASI

Orientasi dibuat oleh senior2 kami, it is short and involve talking only. Keesokannya majlis pembukaan kat bilik seminar. Kemudian, Abang Sham kut, pegawai bertugas, bawa jalan keliling fakulti. Which is beberapa tingkat je sebab tu je tempat yang kitorang perlu tahu. Cakap pasal kampus, lahai lagi kecik daripada dengkil, jangan pelik ye. Tapi yang besarnya Fakulti Pergigian lah. Sampai dua blok rasanya. Kesian Dak Dak Medic. Heheh





2)      Residential College (RC)



Kat sini ada tiga kolej, RC1 kolej wanita medic, RC2 kolej boys, RC3 kolej wanita dental. Kami adik2 premed ni duduk kat RC3. Internet pakai cable so takde lah merana macam kat dengkil ya adik. Jadi bawaklah wayar cable dan senarai cerita yang korang nak download. Alhamdulillah kalau duduk RC3 bilik besaq gedabaq , and rumah pun nice. Btw, kalau dah amek med/dent nanti, korang boleh mintak bilik personal. Kalau korang dah kahwin pun ada bilik untuk mereka2 ni. Cuma yuran lain lain lah ye. Kalau yang biasa ni, satu rumah 10 orang/ 5 bilik.



Kemudahan:

1.       Kafe ada di RC2 dan RC1. RC3 masa tu tak bukak lagi. Sorry to say lah, korang akan rindu makanan kat dengkil sebab sini tak sedap. Langsung tu melebih lah kan. Tapi bersyukurlah. Korang boleh makan.
2.       Gym di RC1 dan RC2 . RC1 untuk girls RC2 untuk boys.
3.       Gelanggang bola sepak , bola tampar and badminton
4.       Bola keranjang pun ada rasanya

Kitorang premed sampai seminggu puasa tau. So nikmat dia lain sikit. Nanti japgi cerita

3)      Outing

We don’t do much lah. Tak sempat. Kitorang enjoy sesame sendiri dekat USB. Masa budak2 premed masuk , memang penuh gelanggang. Suka tengok dari atas. Dasar budak konservatif. Alasan: Tak bawak kasut sukan. SO, sila lah bawak ye anak2. Biar rasa kehidupan sikit. Btw, USB naik teksi smpai Stesen KTM bawah RM10 rasanya. From KTM boleh pergi KL Sentral then boleh pergi mana2. Sempat lepak NU je. Dah bosan sebab dekat rumah, Ingat nak balik, malas pulak. Hahaha maka Merepek lah aku di sini.


nah buat rujukan

4)      What do we do

Study.
Mestilah kan benda paling vital bagi seorang budak medic is belajar. Kitorang belajar Anatomy, Biochemistry and Physiology. Setiap minggu akan ada tema sendiri. Macam contoh minggu pertama Intro, kedua Exercise, and yada2. Mengambil contoh minggu kedua, Anatomy kitorang belajar pasal Musculoskeletal (MS) system, Physio  apa yang terjadi bila kita exercise, Biochem pun apa yang terjadi cuma mengenai stage2 pengambilan tenaga, daripada glucose ke protein. Tak faham? Joinlah premed. Kitorang akannn studyyyyyyyyyy and hadap exam in the end.




Lab Anatomy
The only lab yang kalau kau lemah semangat, please jangan amek medic. Tapi semangat boleh dibina. Dekat sini korang akan berjumpa dan pegang (bersarung tangan) mayat atau cadaver yang telah diawet of course. Melalui apa yang kau belajar masa kelas anatomy tadi, kau akan kenal lebih rapat sbg contoh muscle2 korang tu. And korang baru perasan, besarnya salur nerve korang. Ingat kecik je. Lagi besar dari ibu jari . Best lah dapat kenal semua in real life. Sayangnya kau tak hafal lagi. Kalau dah hafal lagi enjoy hihi. Btw, jangan lupa bawak lab coat.


Lab Physiology
Lab ni akan mendedahkan korang cara menggunakan peralatan makmal. Stetoskop, and segala2 skop. Maaf dah lupa. Nak kata best, best lah jugak  tapi.. I am more into anatomy ahah.

SGS (Study group session???)
Tak ingat, tapi ni sesi kita membincangkan tuto yang diberikan oleh doctor. Ada PBL semua lagi semua bincang kat sini. Tapi since tuto kadang tu banyak sangat memang berborak lah jawabnya. Kat sini lah kita boleh nampak siapa yang betul2 nak jadi doctor siapa yang tak. Hahah no lah. Takkan lah a single class can define you en en en.


Very Early Clinical Exposure(VECE)
Malas nak cite part abang berceramah tapi adore lah gak ngan sorang abang ni . Abg mirul kut nama dia. Terboek punyalah. Berkobar2 satu kelas.  Nak cite pasal kami melawat CTC. Tapi it is so short that it did not gave me any impact. CTC ni merupakan tempat specialist UiTM. Yang paling clear dalam orak masa ni is tempat OnG lah. Tengok dari luar je tak masuk pun.

Library
Tempat paling best untuk tidur. Try lh tengok sudut apatah. Memang nice sangat tempat lepak sementara tunggu kelas.

5)      Ukhuwah antara batch

I could say that akak2 kat sini memang terbaik lah. Macam everyone is very nice dan bersatu padu. What I see from mata kasar ye adik2 tak teropong lagi. Once a week rasanya, ada akak datang buat usrah. Lepas tu, kadang2, diorang bawak pizza untuk kitorang. Kadang rasa macam ada muslihat, tapi muka suci macam tu no way lah pulak kan. They are just nice.

Lepas tu, Akak akak nilah yang bawak kami ke Hospital Sg Buloh. Untuk kenal lebih rapat medic ni camna. I got lucky lah pernah pergi, it has been a while jejak hospital. Last sekali masa 6 tahun kut, adik lahir.


 Lepas tu teringat lagi kalau tak silap abang Amirul kata :

“ Yang kertas exam, past year, lecture notes ni, kitorang kumpul sejak dari generasi sebelum ni. Kalau nak harapkan simsweb semua takda, semua kena sendiri, and lecturer pun  susah nak bagi. Lepas tu untuk exam praktikal, kitorang bahagi soalan lepas tu hafal and kumpul untuk junior kitorang.”

Tetiba kan rasa terharu . hahahaha. Wipe tears.

Jadi hargailah senior anda ye adik2.

6)      Puasa di USB

I can conclude that sangat best lah. Meriah dengan ALIS punya aktiviti. Iftar setalam. Btw, buat ALIS yang terbaca ni, makanan kalau ikut saya, tak cukup kut sebab lepas tarawih saya makan maggi hihi.  Walaupun dekat USB takde surau and menumpang ruang kosong sebelah kafe, yang hadir tarawih ramai. Kadang2 ada buat solat hajat untuk bakal menghadap pro exam. I like lah suasana Islamic kat situ, sebab memang dahsyat compare to PALAM atau Dengkil. We could say Tarawih (masa premed) tiap malam penuh. Yang dugaan tu, bila kelas start tengah hari, hhahah memang berpeluh jugak lah berjalan ke fakulti. Tapi ada aircond kat kelas heran apa.


UiTM Selayang
Kitorang juga diberi kesempatan untuk melawat UiTM Selayang. Dua bas tak silap. Ada ceramah sekali lepas tu melawat rumah akak senior sekali. Ada program apatah. With that, I dah jejak 4 UiTM eheh berlagak jap.

7)      Study Day

Dua hari je. Penuhkan hari dengan menonton cerita hahaha.

8)      Exam

Sebelum apa2, saja nak maklumkan. Exam ni tak bermaksud apa2. Hanya menilai hasil keberkesanan Minggu tersebut supaya at least kita bawak balik something. Doktor kata, nothing will changes kalau gagal pun. Result pun tak pamer mana2. Untuk pengetahuan , exam , sama ada premed atau medic itself, semua akan dicmpur and dalam kes premed. Dalam each paper, ada anatomy, physiology and biochemistry.
Exam pertama : MCQ
Jawapan dia sama ada True False atau tak tahu je. Betul 1 markah salah tolak 0.5 markah. So kalau tak tahu tu tak payah jawab jelah ya. Tapi dia takkan sampai buat kita dapat negative. Nanti fahamlah kenapa

Exam kedua : SAQ
Subjektif. Takda Esei rasanya. Tak ingat

Exam terakhir : OSPE
Yang ni korang exam sambil berjalan. HAHAHAH . Malas gila nak terang sebab you know it yourself once you jawab. Nanti ada staff guide jangan risau kay. Korang akan exam dari satu station ke satu station. Jangan risau ada rest station. Every station you ada 3 minute utk jwb soalan. InshaaAllah soalan dia tak sesusah SAQ and MCQ. Banyak kepada labelling ataupun graf, ataupun penggunaan alat. Everything you all dah belajar selama berapa bulan tu.  Jangan lupa fungsi2 yang you label. Contoh lah, that certain muscle mcm biceps brachii utk apa. Flexion kan. Haaa, jangan lupa gak yang anterior superior sume, ada tanya. Tapi lek je sudah.

9)      Pesanan


Getting premed tak semestinya korang akan dapat medic. So jangan rasa secure sangat. Attend all the IVs. Medic tempat lain pun nice jugak apa. Kalau rasa bawah daripada 4 tu berjaga jagalah. Kebanyakan doctor kat sini tanya and kata:

“Betul ke nak ambik medic”

“Medic is not hard. It is worst”

“Korang jangan bazirkan tempat untuk orang yang betul2 nak tempat korang ni. Berapa ramai kat luar sana yang nak tempat korang, jangan give up separuh jalan. Kalau korang dating sini sebab family, baik fikir betul2”

And that is apa yang korang selalu dengar sepanjang korang berada kat situ.

Anyway best of luck peeps!

Nak tanya? Email meyshera97@gmail.com
Komen pun cantik gak.

*buat gambar2 yang tercuri dari google ... Sis pinjam tau. Setahu sis kita sebatchmate, HEHE! THANKS

“Everyone who accomplished their dreams have one thing in common,
They never gave up, and that’s all!

So DON’T stop fighting!”


Powered by Blogger.

Readers