Assalammualaikum dan hai. Lama sangat tak post niiii. Sangat2 busy tapi sangat2 banyak benda nak share. Nak share pasal banyak benda yg bole...

Pengalaman buat tempahan bersalin di PPUM

/
0 Comments
Assalammualaikum dan hai.
Lama sangat tak post niiii. Sangat2 busy tapi sangat2 banyak benda nak share. Nak share pasal banyak benda yg boleh bantu ramai orang so this is one of it. Memandangkan baru balik dari PPUM (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA), dan baru saja letak deposit RM1,000.00 so saya nak share lah supaya yg datang sorang2 mcm saya tak clueless sangat. Saya pun try not to look awkward hahahhahah. 

Ok last month, saya ada pergi sekali ke PPUM utk buat tempahan bersalin. (13/10) Masa tu saya dah 26weeks so diorang consider saya sebagai late booking. Tapi tengok keadaan buku pink saya yang lengkap dan dah start pun sejak Minggu ke 8 kandungan diorang benarkan saya buat tempahan kat situ. 

Jadi kat mana nak buat. Tengah hari macam tu saya pergi ke PPUM (KOMPLEKS WANITA DAN KANAK KANAK) dengan grab. Tak perlu nak masuk ke main gate tu, korang terus belok ke kiri, sebelah kedai makan ada kawasan mcm klinik comel2 je kat situ. Then masuk dan tekan D utk buat tempahan bersalin. Boleh pergi tengah hari lengang sikit. Kalau pagi ramai dan penuh mcm KKIA sbb sini pun ada pemeriksaan antenatal ya . Bila nombor dipanggil , serahkan buku pink dan ic, dan nurse akan bagi penerangan. Nurse akan serahkan borang utk diisi. Dia akan bagi siap2 lah tarikh appointment kita mcm saya 15/11 memandangkan tarikh dah full. 

Selesai isi borang, tekan pulak butang A utk serahkan borang dan buat appointment dgn doktor. Sampai nombor giliran, diorang ambik details kita dan minta kita untuk ke tempat ultrasound set appointment dengan mereka. Masa ni diorang akan minta kita bayar rm5. Cashless ya.

Lokasi bilik ultrasound , korang kena masuk dari main lobby, kemudian pergi ke bahagian kiri bangunan belakang sikit je, straight smpai jumpa lif. Kemudian turun ke aras 1. Kawasan ni sunyi sikit, jangan risau ada je penunjuk arah. Kalau ada nurse2 lalu tu boleh lah tanya. Then dari lif belok ke kiri, kiri lagi kemudian kanan baru sampai ke bilik ultrasound. Sesampainya ke bilik ultrasound korang boleh serahkan dokumen yg akak kaunter bagi tadi. Then , dia pun akan set appointment pada tarikh yg sama dan selesai. 

Dah selesai semua ni dah boleh balik. 

Utk hari booking tarikh, kita akan diminta utk bawa:
❗IC asal
❗salinan pasport/IC suami (dalam kes saya passport lah ya)
❗Salinan sijil nikah/kad perakuan nikah
❗Bil utiliti
❗Cash/cashless (kad debit/kredit) RM1000.00 dan cas tambahan utk pemeriksaan darah RM81 dan ultrasound growth scan RM51. Total RM1132.00

Datang pada jam 8-10, lebih dari tu diorg taksey layan. So saya yg membuka kedai ni, dtg lah lingkungan pukul 9. Pergi ke klinik sblh kiri kedai makan tu, tengok2 ramaiiii nya orang. Nangis jap dlm hati. Takpelah kita teruskan. Pergi ambil nombor tekan butang A.
Tunggu punya tunggu. Dipanggil pergi ke kaunter serahkan dokumen. Diorang isi details, lepas tu tanya nak tak buat pemeriksaan darah bayi lepas baby lahir. Me kesian tak suka baby kena cucuk awal2🥲, tengok kucing kena cucuk pon nangis inikan baby, i decide not to take it, then diorang ok je. Lepas tu diorang suruh pergi ke lobi utk buat bayaran. Bukan di kaunter pembayaran yaa. 

Ada kiosk elektronik sebelah pintu wad kanak². Tekan
1)pesakit
2) Registration number (ada dekat stiker yg diorg bg)
3) deposit tempahan bersalin
4)tukar ke RM1,000
5)bayar

Walaupun wave, mesin tu akan mintak pin number so mmg sgt security ye jgn risau. 

Selesai ambik resit, datang semula ke tempat kita serah dokumen tadi dan pastikan ic diberi semula. Diorang akan bagi kad biru utk tmpt tulis temujanji seterusnya.

Diorang akan suruh korang pergi sebelah kanan kaunter akan ada satu klinik antenatal dan serahkan borang biru ni ke stesen jururawat 2. Kemudian kita akan diminta utk pergi tandas buat tes air kencing dan timbang (which kita akan selalu buat kat KKIA juga ya smua, nnti nak buat post pasal bukak buku pink). Selesai je, pergi balik ke stesen jururawat terus periksa tekanan darah. Selesai periksa tekanan darah kita akan diminta tunggu sebelah kiri stesen utk dipanggil nama. 

Diorang akan minta kita utk pergi cek ultrasound dgn dokumen dan stiker kita. So pergilah ke aras 1. Sesampainya aras satu , serahkan dan tunggu nama dipanggil. Then, diorang akam buat growth scan lah. Tengok jantung, diameter kepala, panjang tulang tangan kaki, tapak tangan dan kaki, blood flow dan macam2 lagi lah. Kalau scan PPUM boleh tengok agak maju dan detail. Selesai scan, kita akan diminta tunggu dan diserahkan result scan tadi. Then naik semula ke klinik utk ke klinik antenatal tadi. 

Bagi details scan tadi dan ambik nombor, so sinilah penantian yang panjang berlaku. Carilah sudut yang korang boleh buat posisi selesa sbb tak memasal sakit pulak belakang korang nantikan. So tunggu punya tunggu korang akan jmpa dengan doktor. Nnti ada sorang tak kisah doktor sendiri ke, or houseman or anak didik mereka yg tengah posting utk ong, akan buat history taking. Sama je soalan dengan KKIA. Walaupun buku pink tu wujud , gilah ingat balik tarikh last first day of period korang. Jawab je. Pastu ingat nama ubat yg korang ambik. Kalau kt KKIA tu ubat obimin lah ye utk tambah darah. Lepas tu kalau korang dihistory taken by housemen/students, tunggulah dulu diorang present. Doktor pun akan tanya sikit2 kat diorang lah, so kita tak yah menyibuk haahhaha. Kecuali nak berbaik hati, bantulah sikit2 kawan tu, kesian lak kan. Kita pun pernah ada dalam situasi diorang so sama sama lah bntu. Oh, diorang akan cek jugak lah heartbeat baby, palpate perut dan breast utk cek ketulan . Kalau clear no problem, diorang akan suruh kita pergi book appointment utk ultrasound, ambil darah dan inform jururawat utk appointment seterusnya. Memandangkan jam dah 12.40 something dan tmpat ultrasound tutup pukul 1, apa lagi berlari lah seketul mey ke aras 1 semula. Cewah. Banyak exercise kat PPUM ni. Bagus2. 

Selesai je book appointment kat ultrasound kita kembali ke klinik antenatal dan terus ke bilik 12 (sebelah tandas) untuk ambik darah. Nampaknya 3 botol darah disedut oleh drakula. Hahahha sorry doktor. Saya balik terus tido 3-4 jam hahahha. So lepas ambik darah, serahkan smua darah2 tu kat kaunter depan tadi, kaunter tempat bayar tu then dia akan cas RM81. Diorang akan setkan jam utk next appointment. Lepas bayar, balik semula ke bilik 12 letak dalam bakul merah sebelah kanan. Then, dah selesai kat situ. Balik makan tidoooo. 

Alhamdulillah selesai dalam pukul 1.30pm arrived tadi at 9.37am. Lama jugaklah masa yang diambil.

Apa yang buat saya decide utk give birth dekat PPUM. 
1. Dekat rumah
2. Dekat rumah
3. Dekat rumah
4. Fasiliti
5. Adik pernah admit situ so taulah sikit selok belok kawasan tu

Dekat rumah tu paling penting sbb takut anything happens, semua nya berlaku dengan pantas . Kalau nak jem pun takkan sampai 1 jam lebih. Tapi doakan lah lahir nya , pada due date, dan lahir serta merta lepas serah diri. Kan? Aamiin. Mojor jurus kata orang sarawak. Anyway, saya rasa takde apa lagi nak ulas, maybe next time saya cerita pasal next follow up. 

Thank you semua .


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Readers