Assalammualaikum, Sepertimana yang diberitahu sebelum ni, I would update about my post spm life. I studied in Foundation in Science in UiT...

Asasi UiTM: Foundation in Science // Asasi Sains

/
9 Comments
Assalammualaikum,
Sepertimana yang diberitahu sebelum ni, I would update about my post spm life.
I studied in Foundation in Science in UiTM lepas 6 bulan cuti and 3 bulan lepas dapat result SPM , haha obviously. I applied through UPU and UiTM was my second choice. Alhamdulillah sebab baru sedar yang UM punya study system is way too hard. Tapi UiTM pun is not playing stuff, I should say. Orang kata bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Well said indeed.

I am the only batch yang dapat merasa dua alam, tapi since alam pertama tak membawa apa apa makna dah buat junior, I would focus on alam kedua, Dengkil. Tapi tapi, nak cerita dulu the foundation of foundation. Haha maaf kalau berterabur sangat, I am not good with words sebab tu ambik sains. Err, not everyone like me kut, and maybe I am the only one.

1) MDS

Macam biasa, semua student yang baru masuk uni wajib menyertai Minggu Destini Siswa (untuk UiTM) atau dalam bahasa sekolahnya orientasi. Tapi jangan anggap benda ni sangat biasa seperti sekolah, di sinilah berlaku nya pengalaman paling perit lagi lagi bagi seseorang yang xpernah pergi kem , ataupun seseorang yang bukan berasal dari sekolah berasrama. Dengan rindunya dengan family (first time berjauhan), dengan rutin tidur pukul 1 bangun pukul 5, dengan baju dipakai dari pukul 5 ke pukul 1 balik, tak boleh tidur waktu ceramah yang sangat panjang, dengan makan tak ikut jam kita, (tapi makanan sumpah lebih daripada mencukupi, free lagi), semuanya selama seminggu. Tapi in the end, seminggu tulah yang kita paling rindu. Sebab takyah nak fikir apa. Sebab minggu minggu dekat exam kemungkinan kita tak tidur langsung , nak kata susahnya asasi ni lah. Tapi malam terakhir MDS is the best lah. Enjoy lah your party that night. haha takda dah masa lain nak enjoy kan. Dinasihatkan bagi yang rumah berdekatan, balik lah minggu first tu, takda orang nak tengok muka kau minggu tu.
Btw, teringat lagi game2 yang main hari tu. Game sama ja mana2 pun sebab pemimpin mahasiswa semua pergi kem tempat sama. Game, pulcino pio, tepuk2, baby shark,  and yada2. Sama ja.

Pesanan ikhlas dari penaja:
1. Sila baca balik benda yg perlu bawak.
Untuk girls baju kurung putih/cerah, dah skirt hitam. Kena ada.
Boys kemeja putih dan slack hitam.

2) Minggu Pertama

Saja nak pesan awal2, hari sebelum kelas, baik lah jenguk2 fakulti, tengok korang kelas mana, and tengok jadual and tengok mana kelas korang berada. Kena harap maklum yang kelas korang akan berpindah2 bukan fixed macam kat sekolah ye. Usually, kalau sekolah berasrama penuh mesti ramai geng sesekolah. Yang sekolah harian tu pandai pandai lah bergaul eh. ( kata someone yang lonely on the first day haha) But in the end it was nice lah. Having a dependable classmate. Masa foundation ni, tak jumpa lagi rasanya yang tak boleh pakai, semuanya baik2 sweet2. Bergantung antara satu sama lain. Sebab susah kut? Entahlah. Ke sebab aku yang sleeping partner? I never asked though, haha.

3) Housemate
 



gambar : dari coretan aiza pinjam na...

Saja nak bagitahu, kat Alam pertama bilik luas sangat, sampai je alam kedua, kecik bakhang solat pun kat depan, dalam bilik tak muat. Katil disediakan , almari besar, meja belajar kecik so pandai pandai lah. Aku kalau rimas sangat katil lah tempat aku study, terbawak perangai sampai sekarang. Tapi tak elok sebab membantut perasaan nak study. Hell no, lebih banyak tidur daripada study. HAHAHA. Sebagai seorang housematelah kita tahu perangai masing2. Psiko ke, baik ke, rajin ke, peramah ke, riding solo ke, memang burung hantu ke. Tapi dengan housemate2 jugaklah kita study sama2, berdebat sama2, kejut nak exam, diorang jelah tempat kita bergantung. I was lucky dianugerahkan housemate terbaik dalam hidup. Should  I mention their name? Tak payah kut, diorang dah bebas terbang macam burung malah budak budak dekan lagi. I hope diorang berjaya dunia akhirat. The person that I would never forget.

So this is rasanya guys punya bilik kut. Tapi nilah tempat kitorang makan, solat, study together2.
Bentang tikar ye kalau masuk. Kongsi duit sehousemate, baru cantik.

Things to bawak: (which I dont bring)
1. slipper rumah
2. bantal (sebab puncak alam sediakan, sini tak)
3. tikar
4. sebab sebab datang
5. doa dan berkat mak bapak.
6. selimut
7. cadar
8. dll

hahahahah. kay tak kelakar. I dont have the full list sorry.

4) Kawasan sekitar

I should say kampus ni kecik sangat. Tapi of course la ada pro dia. Kalau kau terlajak tidur like bangun pukul 2.20 petang (tido lepas zohor), and kelas start 2.30, percayalah, kau sempat lagi nak masuk kelas. Cuba lah. Aku pernah, and sempat malah lecturer tak masuk lagi.

Okay, dekat kampus ni ada dua kolej, kolej berpagar untuk girls (Dahlia) dan kolej guys yang berdepan dengan padang bola sepak (Tualang). Curfew pun ada sebab budak asasi dianggap kanak2. Sebelum pukul 11 rasanya, semua student kena balik masuk ke dalam bilik masing2.

And then, Kafe ada dalam satu row panjang. Yang paling berpengaruh makanan kat situ is nasi ayam penyet dengan fries cheese. Petang2 makan tu menggoda tuh. Dia punya sambal pedas tapi addicting. Mudahan korang tak baca blog ni masa musim puasa hahah. Tak lupa uncle bob, aiskrim, air dlm gelas bsar. what should i call this again?
pinjam ye. sis google2 je gambar ni.

Untuk aktiviti rekreasi, 
1. Gelanggang futsal 3
Lokasi : dua dekat kolej tualang and satu dekat kolej dahlia sebelah pintu masuk
2, Gelanggang tenis 2
sebelah gelanggang futsal yang dekat koleh dahlia haha ayat.
 Ada jugak dalam gate kolej dahlia.
3. Gelanggang bola jaring. 3 rasanya.
Dalam gate kolej dahlia and sebelah kolej dahlia
4.Padang bola sepak
depan kolej tualang
5. Taman tasik dan alat2 sukan rasanya,
alaa yang ada bar gayut semua tu. I am not sure nak panggil apa. 
6. Basikal 
Tunjuk id pelajar dekat pejabat rekreasi ke apa. Janji pakai sport attire. Percuma je pakai
7. Kalau ikut batch kitorang,
Ramai yang main rollerblade kat jalan, siap ada light lagi. Kadang main malam, cantiklah.
Pastu ada lapangan kosong depan gelanggang tenis and futsal, boleh nampak lah diorang main volleyball and rugby.

Mostly, person yang main kat luar petang2 ni, I nmpak diorang amek medic. HAHAHHAHA orang kata badan cergas otak cerdas. Boleh amal dah dari sekarang ye adik2. 

We talk about the facility pulak.

1. kafe hipster. 
Kalau rasa nak makan benda2 mahal like chicken chop semua, ada je kafe palma. Jangan last minute sebab, masa dekat2 final , semua orang nak pergi situ. Pasal kesedapan tu, berbaloi lah jugak dengan harga dia, sebab hidangan dia besar. Recommended.

2. Surau
Maaf lah nak kata, surau satu je naa. Sebelah bangunan pentadbiran. Kalau solat jumaat tu baik baik lah awal, kalau tak memang tak cukup lah. Tapi since dengkil dekat putrajaya, try2 lah solat kat masjid putrajaya. Ambik pengalaman , bukan macam katak bawah tempurung ye anak2. 

3. Padang scm
Tu yang kitorang gelar kat kawasan tengah bangunan akademik tu. Cantik gila masa malam. Kalau free tu try lah jalan situ malam2. Tapi beware. Jangan buat keja haram na kat situ.

4. Pasar malam
Haaa ni antara hari yang dinanti nantikan budak2 asasi. Macam2 boleh makan kannn...
Hari rabu and sabtu if I am not mistaken takut silap kang marah pulak. Ada buah, goreng2, and yada2, mcm pasar malam biasalah.

5. Mart
Ada dua kat sini, harga sama ja. Tapi ada certain barang kat kedai abang bangla lagi murah kut rasanya. Tiap hari pergi sini beli kopi nescafe, takut tidur dlm kelas. Sini, kalau nak beli penyapu, berus tandas, sabun semua lengkap lah. Tak payah keluar dah. Tikar je takda. Tapi pergi lah kedai hardware kawasan pasar malam tu ada,

6. KFC
Nak kata dekat takdalah dekat sangat. Tapi reachable lah. Kalau rasa mngidam tu boleh lah ajak housemate keluar petang2 sekali sekala. Usually mengidam ni datang masa dekat2 exam, jad berhati hatilah.

7. Fotostat
Alhamdullillah lepas beberapa bulan kampus ni digunakan, rasanya sekarang dah patut ada dua kut kedai fotostat, so jangan lah risau2 ye. Kedai alat tulis pun ada sebelah. InshaaAllah kat dengkil semua lengkap.

8. Library
Dont care. Tak pernah pergi.

9. Kedai Bakeri.
Aku pun tak tahulah Uni apa mcm ni sekali. And paling best, I GOT FREE CAKEE DURING MY BIRTHDAYYYYYYYYY! TQVM.

10. Butik
Dont care tapi memang ada. I am shocked >.<

11. Barber shop
Untuk boys. I am girl

12. Kedai komputer
Laptop rosak? Henfon rosak? Sini ada perkhidmatan repair laptop and jual fon. Not sure lah repair fon tak haha. Untuk Canon E510 ke apa, ink ada jual. so takpayah buang masa keluar pergi IOI.

Tu je rasanya about the facility. Kalau nak tanya lebih lagi commentlah.

5) Outing (dekat dengan apa?)

Secara ringkas nya lah kan,
Memandangkan kat sini dekat dengan Putrajaya, you got everything here lah.

Outing yang paling common dengan budak asasi is,

IOI City Mall. Besar yep. Semua ada, MPH, KFC, semualah, wayang, karaoke, ice skating, district 21 (tempat main game besar besaran, xpernah masuk lagi), food court pun ada. You should lah pergi sini sekali kalau you dari negeri lain.

2. Putrajaya, mana2 ja.
Like PICC semua memang dekatlah, usually senang nak gapai lah pesat buku pe sume. Hehehe. Putrajaya pun cantik sangat, galakkan sangat korang pergi (kata budak yang dah tinggal kl 6 tahun)


6) Scenery

Uitm dengkil dikenali dengan scenery sunset yang cantik, walaupun tak secantik puncak alam. Sunset that we enjoy masa balik daripada pasar malam. Silau dia sampai tak nampak orang depan, sekali crush. K tak, jarang berlaku ya adik2 , benda benda se klise cerita melayu. 

And then, memandangkan kawasan dengkil panas, the sky is so blue. Beauty tahu tak. Kadang2 tu tengok lah langit ya. Mana tahu ada rezeki jatuh haha. 

And then, dengkil ni terletaknya dekat dengan airport, so bagi orang yang nak jadi pilot, mesti berkobar2 everytime tengok plane lalu. Terlalu kerap sebenarnya, xdalah berkobar mana, tapi everytime you see, at least, semangat lah. Cantik lah, tengok seketul besi boleh terbang kat udara, tapi kita yang tak sedense besi tu pn tak terbang. 

Haiwan... hmm.. burung.. kucing tak jumpa lagi. Anjing banyak. BErkeliaran kat kolej dahlia. Hahaha bukan nak menakutkan . Sekarang dah takde kut inshaaAllah.


7) Belajar

Ni subjek yang korang wajib ambik for both of the sem. Ni untuk foundation in Science je tau.
Subjek :
1. Math
2. Biology
3. Physics
4. Chemistry
5. CTU (agama/pendidikan moral)
6. ELC (english)

You could say subjek empat teratas tu merupakan lanjutan daripada SPM dulu lah. BTW, math bukan math biasa tapi addmath. Nak kata susah, dah pernah belajar, nak kata senang, banyak sambungan daripada SPM dulu and masa amat singkat nak study semua ni. So dia macam so so lah. As long as korang nak study.

Kat sini, jangan berangan yang korang akan merasa duduk dalam dewan kuliah. NO! Here is limited. Hanya certain kelas je yang dapat merasa. Exam pun takda examination hall. So pakai kelas je ye.

On your first sem korang dikehendaki ambik MUET which korang kena daftar sendiri and bayar RM 100 ke berapa tak silap. SO , jangan buat mistake. 

Tips MUET: 
1. Target reading
2. banyakkan reading
3. praktis writing  (google format and bentuk writing) (sem 1 ELC inshaaAllah ajar)

Yang listening and speaking actually I murdered both of them. I dont speak much and I dont listen well hahaha. Tapi still, tunjukkan effortlah.
Takda banyak sangat tips, sebab budak2 asasi tahu, betapa susahnya nak bagi masa kat muet ni sebab busy dengan test2 yang akan datang right? 
This is what I done and alhamdulillah, result boleh lah, tapi tak layak ambik law tesl semua.

Subjek2 sains, akan ada lab every week so korang setiap minggu kena siapkan 3 lab report. Talk about time, antara sebab kitorang tak tidur nilah dia. Tutorial math jangan katalah, kalau dapat lecturer bengis, memang kena siap lah. Sebab tu sistem housemate kena kuat. Sorang buat chem, sorang buat physics, sorang buat bio, sorang buat math, pastu share jawapan. This is what I do, korang cubalah. It is not a waste weh sebab in the end, masa study exam, korang refer that one student jugak kan. Try lah.

Usually masa CTU and ELC masa utk most student tidur. Haha, xgalak tapi kenyataan. Last2 dapat B padan muka sapa suruh en. So please, tumpukan perhatian. 

Tips Final?
No tips. Siapa berusaha dia yang dapat hasil.

Buku.
Hmmmm, xpayah beli kut. Kecuali Chem. Korang ni in the end tengok lecture note je, trust me. Baik simpan duit untuk lecture note. Rasanya yang penting chem jelah. Nak buat assessment online. Yang lain semua boleh dapat kat simsweb. Percayalah. Tak percaya sudah. 

Pasal lab,
Lab fizik bosan
Chem, scary sebab main benda kimia bahaya tapi, ofcourse Lecturer perhati
Bio, Masa sem 2, korang boleh bedah tikus. Tikus putih lab ye bukan yang kat atap rumah korang. 
Best lah ofkos. 

Class, 
Kalau aku dulu 30 orang/ kelas , walaupun awalnya 35 orang tp sejak pindah dengkil jadi 30 orang (pindah kelas).

Lecturer.
Kebanyakan tak macam cikgu cikgu kita yang caring.
Tapi kalau ada, She/He ROCKS YOUR WORLD!!

8) Ke mana selepas ini

Dengan mengambil Asasi ini, anda boleh ke mana2. Amek engineer walaupun ada asasi engine, orang akan terima budak foundation science. Ambik law? Pun boleh ada ja yang dapat depend on muet lah. Ambik Tesl? Pun boleh pun depend on muet and iv. Semua budak FiS boleh pergi kecuali ambik akaun kat UiTM, I dont know why tapi tak boleh.

Seterusnya, pesanan buat yang nak jadi doktor.
Make sure in the CGPA UPU korang 4. Hahah. UiTM sendiri nak 3.93 ke atas, so sila fikir balik kalau betul2 nak amek medic, mampu ke korang konsisten for both of the semester. Apa kata amek matrik je, nanti boleh cover balik CGPA. Think balik, kalau tetiba demam memang effect korang punya result, betul ke blh dapat 4 dalam keadaan camtu. Apa kata amek dip. At least selamat. Every sem boleh cover balik. I am not sure whether this is true or not, Transkrip @ sijil yang korang dapat lepas habis asasi valid setahun je. Kalau korang tak dapat UPU lepasan STPM/setaraf, korang hanyalah lepasan SPM. Apa kata amek STPM/ IB/ Alevel je at least laku beb. 

Fikir betul2 , betul ke nak masuk asasi. Betul ke korang nak hadap risiko ni kalau korang kecundang separuh jalan. Jangan fikir semangat waja je once you masuk, korang kena tempuh laut, mampu ke api semangat korang lalui. Bukan nak lemahkan semangat, tapi kalau korang berjaya, you are the hero. Trust me. Lagipun risiko dia setimpal lah dengan ganjaran dia. You can go anywhere  you want. Tak sure lah oversea blh tak haha. Tapi ada student yang 3.50 ke atas kut, dapat email utk hadir IV untuk pergi Universitas Hassanuddin (UNHAS), Makassar untuk amek Medic. Lucky them, aku email pun tak dapat. So, kalau korang dah cita2, grab. Tampal cita2 kat dinding supaya korang boleh tengok hari hari. Dengan harapan korang study elok2.

I dont have pictures sebab masa tu camera tak cantik hahahahaha. Jadi saya minta izin daripada pemilik sebenar gambar2 di atas. Maaf ya!

For the student yang bakal masuk ke sini, live your life to the fullest. Tu je kut. Kalau ada soalan, Email? meyshera97@gmail.com
Whatsapp? email dulu lah ye dik.

Gambar? banyak blog lain yang menyajikan ye dik

FIS STUDENT ROCKSS!! #ASiD

"I want you to see greater horizon in this world
Go forth toward your future" 





You may also like

9 comments:

  1. Thank you!!! OMEJI membantu sgt kak

    ReplyDelete
  2. hi kak nak tanya kalau amik foundation kat uitm ni boleh sambung degree kat uni lain ke? ke wajib sambung kat uitm jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sambung degree dkt University Awam (UA) lain

      Delete
  3. hi kak nak tanya kalau amik foundation kat uitm ni boleh sambung degree kat uni lain ke? ke wajib sambung kat uitm jugak?

    ReplyDelete
  4. Science foundation kt uitm setahun ke dn boleh sambung degree kt uitm atau uni lain kan....

    ReplyDelete
  5. a little bit scared at the last part haha..memang tersangatlah betul kan..semua ada pros and cons memasing..good blog!!!

    ReplyDelete
  6. Akak nk tnya kalau sambung akaun dekat U lain boleh ke? Sbb akak ckp uitm tak boleh

    ReplyDelete
  7. Kalau masuk asasi sains nanti degree boleh ke ambil yg tidak berkaitan dngn sains

    ReplyDelete
  8. itula saya pun cadang mcm tu adoii akak bole ke tukar course lepas asasi sains ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Readers