Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum dan Hi. Mesti ada yang kata dalam hati. Oh, Islam ke? Ingatkan tak solat tak Islam...

Normal la tak solat!

/
0 Comments
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum dan Hi.

Mesti ada yang kata dalam hati. Oh, Islam ke? Ingatkan tak solat tak Islam. Dan ya, itulah kita "meleis" aka Malaysian. Kerja nak cari salah je. Kita ni patut didik diri husnudzon tau. Bukan bersangka buruk memanjang. Ye, manusia tak lari buat kesilapan, tapi tak salah mencuba benda yang baik. Kan dah kena bebel belum apa apa lagi.

Sebenarnya, post kali ni bertujuan nak menunjukkan realiti hidup zaman sekarang. Bagi orang sekarang yakni 21st Century gitu, normal lah tak solat. Sibuk kut, kerja lagi, jaga anak lagi, assignment lagi. Ni tak masuk musim2 raya, nak mengemas, masak sampai lewat malam. Tak dan lah bangun subuhnya. Yang musim tak raya, nak study sungguh2, study lepas maghrib sampai pukul 1 2, penat, tak daya nak isyak. Bangun satgi, pukul 8. Oh tidak lewat lewat. berkemas. Kelas pulak pack especially for kursus2 yang profesional. Rehat sejam je tengah hari. Lapar sebab tak sempat sarapan skip zohor. Pastu balik pulak dalam pukul 5.30 petang. Kediaman jauh, kena naik LRT, KTM, bas lalu pulak jalan laut, and kena pulak naik kapal terbang, Flight delay pulak. Paling2 smpai rumah pukul 6 petang. Sampai rumah dah flat, penat, otak tepu bagai. Tidur jap. Skip asar. Bangun2 dah pukul 8. "Eh ni 8 pagi ke?" Tiba2 perut bunyi. " Haa. dinner time" Dinner ajak keluar geng sampai pukul 11. " Eh, assignment aku tak buat. Balik dulu tau" dan moments tersebut berulang lagi.

So, sebab tulah wujud nya orang especially tempat kerja konvensional, bila tanya, "Zohor sini masuk bila@ Surau kat mana?," mereka akan mengerutkah dahi dan muka like, "Whatt man? I dun understand wht u tolkin bouts?" Sebab tulah, nabi sendiri pernah kata, "Islam datangnya asing, dan akhirnya pun asing." Lebih kurang camtulah ayatnya. Dulu orang pelik tengok para nabi dan sahabat solat, hadap kaabah semua. Puasalah. For them (jahiliah), it is nonsense. Sekarang? Wallahu'alam, adalah jugak yang begitu, tapi doakan mereka memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah.

Bagi yang rasa, nak solat tapi tak pandai. Belajar. Belajar kat youtube, blog semua. Banyak. Sungguh. InshaaAllah ada masa aku post satu. Bagi yang rasa malas nak solat, bukan nak paksa, cuma minta renung renungkan sikit je. Apa tujuan kau hidup kat dunia ni? Nak kaya atau capai cita2 atau setakat nak berhibur? Kenapa? Sedar tak korang, kalau korang mati (Na'uzubillahiminzalik) ke mana jugak perginya semua tu. Tak ke mana pun weh. Nak kaya? Yang beri rezeki tu Allah. Nak capai cita2? Yang duk bagi korang peluang tu Allah. Nak berhibur? Apalah sangat nak dibandingkan dengan Kebahagiaan di akhirat yang lebih hakiki.

Sekarang ni, korang kena tahu, segala tonggak rezeki, kejayaan korang merupakan daripada ibadah solat. Sebab apa? Sebab rezeki tu Allah yang bagi. Pernah dengar tak rezeki tu datang daripada empat sebab. sebab kut. Saya ingat tiga ja.
1. Rezeki yang Allah dah tetapkan kat individu tu.
2. Rezeki yang Allah bagi sebab individu tu berusaha.
3. Rezeki yang Allah bagi sebab individu tu bersyukur.
And macam mana kita nak kata ni bersyukur kalau kita tak solat.

"Habis tu yang non muslim tu, kaya je. Pandai lagi."
Sahabat, korang tak tengok mcm mana usahanya mereka tambah lagi dengan rezeki yang diorg memang patut dapat. Kalau korang nak tau, mereka2 yang maju ni, walaupun non muslim, pandai bersedekah tau. Kalau nak jugak, usahalah gila2, bangun 2 pagi balik 12 tgh malam. Ada yang nak? Taknak kan? Kita ni dah dipermudahkan kot. Kita boleh solat sebagai tanda bersyukur, bersedekah, murah rezeki tau buat macam ni. Kalau still jugak nak usaha sahaja, taknak solat. Buatlah, tapi fikir balik. Berkat kah rezeki kita makan minum semua. Sanggup ke tanggung azab api neraka? (Na'uzubillahiminzalik)

Lagi nak sambung sikit. Ingatkah lagi korang dengan Rukun Islam?

"Yang mana eh, yang lima ke yang enam tu?"
Alhamdulillah, selebih lebihnya korang ingat lagi rukun walau tak tahu yang mana satu. Rukun Islam ada lima. Kita buat revision sikit.
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat lima waktu sehari semalam
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Zakat
5. Haji
Sila tengok apa yang aku boldkan. SOLAT adalah satu daripada rukun Islam. Kalau korang tak solat, macam mana nak mengaku yang korang ni Islam. Okay maaf kalau terkasar bahasa. Tapi betullah. Kalau kita tengok dalam panduan hidup kita yakni al Quran, hampir semua surah ada tulis. Wa aqimu solah, Wa atuz zakah. " Dirikanlah solatmu, Tunaikanlah zakatmu." Apalagi yang patut jadi alasan kita.

"Saya tak dapat hidayah lagi."
Paksa! Macam mana nak dapat hidayah kalau hati hitam kelam. Baca alQuran. Dengar alQuran. Semoga Allah bersihkan hati kita bersama. Macam semua tahu, hidayah tu macam ilmu. Cahaya. Cahaya susah nak masuk kalau kita hitam keraih. So cuba dulu paksa diri. Zikir , Istighfar dulu. Dengar alQuran bagi yang tak pandai membaca. Pastu paksa diri solat.

Okey,sebenarnya takda niat nak memaksa. Niatnya nak memberitahu dan mengajar tiba2 tone last2 jadi baran lak. Hahaha tak sengaja. Sungguh saya niat nak mempersilakan anda untuk solat. Jadi, kalau ada terkasar bicara, tertutur benda tak sepatutnya atau ada kesilapan, maafkanlah saya dan tegurlah saya seadanya. Yang baik datang dari Allah, yang tak baik daripada emosi saya sendiri. Aku menulis bawak emosi, semua lain tinggal. hehe.

PS: aku pilih solat as benda pertama untuk post sebab apa2 hal, solat paling crucial dalam hidup kita sebagai hamba Allah kat dunia ni. Terima kasih Kak Hassanah (Inspirasee) yang juga menjadi idola saya di mana dia meletakkan tajuk solat sebagai tajuk pertama dalam bukunya. #HenshinMuslimah


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Readers